Panduan Ibu Muda

Panduan ibu muda

Tungku Bayi 7 Herba

"TUNGKU BAYI 7 HERBA"
Di pasaran terdapat pelbagai jenis tungku herba, bermula dari harga yang murah hinggalah kepada harga yang lebih mahal. Masing2 bergantung kepada jenis herba yang digunakan, semakin sedikit jenis herba yang digunakan maka akan semakin murahlah harga tungku tersebut.

Tungku bayi 7 herba yang dikeluarkan oleh MyBabyComel, menggunakan 7 jenis herba terpilih yang terdiri daripada habbatus sauda, halia bara, jintan manis, halba dan pelbagai jenis herba lagi  menjadikan 7 jenis herba yang mana diketahui mampu mengatasi pelbagai masalah pada bayi yang baru lahir dengan izin Allah, seperti masalah kembung perut, sembelit atau tidak lawas buang air besar dsbnya..

Ini adalah tradisi warisan orang tua2 dahulu yang kembali dipraktikkan di zaman moden sepertimana juga penggunaan barut bayi. Apa salahnya kita menggunakan tradisi lama yang baik untuk bayi kita daripada kita menanggung masalah baby meragam ketika di dalam pantang. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana sukarnya mengatasi masalah apabila baby kembung perut atau tidak lawas buang air besar. Bila baby  menangis sepanjang hari, memang gelabah kita dibuatnya, terutama bagi ibu2 yang baru pertama kali melalui pengalaman anak pertama.

Boleh juga dituam di sekitar pusat bayi untuk mengecutkan pusat bayi dengan lebig cepat dan mengelakkan pusat bayi tersembul keluar. Apapun kena rajin tuam sambil urut keliling pusat bayi dengan cara membuat pusaran. Susah jugak nak cerita benda2 yang praktikal ni. Sebelum tuam tu, sapukan dulu minyak telon atau apa sahaja minyak yang sesuai utk perut baby. Jangan gunakan sebarangan minyak contohnya minyak yang kita tahu panas dan tidak sesuai utk bayi.

Apa yang penting adalah pencegahan awal daripada kita menanggung akibatnya. Baby kita adalah permata hati kita. Bila dia sakit kita juga akan merasa kesakitannya sama. Tungku ini boleh disimpan dan digunakan hingga anak yang seterusnya kerana apabila proses pemanasan sentiasa berlaku, ia membantu mengeringkan herba2 di dalam. Saya juga masih menyimpan tungku bayi saya yang lama2 dan masih berkeadaan elok. Simpan di tempat kering yea, jgn letak kat dapur..





 "Tungku Bayi 7 Herba" menggunakan 7 jenis herba2 terpilih yang berfungsi untuk:
1. mengelakkan perut bayi dari dimasuki angin atau kembung perut
 2. mengecutkan pusat bayi apabila dituam di sekeliling pusat bayi
 3. mengelakkan angin pasang bagi bayi lelaki apabila dituam di sekeliling zakar bayi lelaki
4. memanaskan badan bayi apabila dituam selepas mandi.

Cara penggunaan:
Boleh dipanaskan tungku bayi 7 herba ini pada sterika atau tungku ibu dengan menggunakan suhu suam2 kuku. Sebelum tu, rasa dahulu kepanasan tungku dengan menggunakan belakang telapak tangan sebelum menuamnnya pada badan bayi.
Ini adalah warisan daripada keluarga sebelah mertua saya, dan saya menggunakannya untuk mengelakkan perut bayi dari dimasuki angin dan pelbagai masalah lain seperti sembelit dsbnya disebabkan badan bayi yang masih baru dengan udara dunia.


Berat: 40g

Kenapa perlu nursing cover?


Apa pentingnya nursing cover kepada ibu-ibu yang menyusu? Apa itu nursing cover ? Untuk yang first time nak jadi ibu tentu tak biasa dengar perkataan ni atau bahasa Melayunya penutup ketika menyusu. Dulu2 zaman mak kita takde lagi tutup2 tika menyusu atau bf baby ni. Selamba je mak2 kita selak baju bila anak mintak susu. Dulu lain sekarang lain. Dulu orang tak kisah sangat bab2 ni, semua free show, dan kejahatan masa tu mungkin tidak sebanyak sekarang.

Penting sangat ke nursing cover ni? Sebenarnya bagi saya sama pentingnya dengan pakaian kita jugak. Kita pakai baju dan segalanya untuk tutup aurat kita dari pandangan bukan mahram, macam tu jugak fungsi nursing cover. Kita guna ketika nak menyusukan baby terutamanya di khalayak ramai. Takde lah main selak je atau tercari2 tempat nak menyusukan baby terutama ketika keluar bershopping atau ke majlis di rumah sedara mara atau kawan2 kita. Tak payah lagi kita nak mintak izin masuk ke bilik tuan rumah semata2 nak menyusukan baby. Tak semua tempat sediakan ruang khusus untuk kita melakukan penyusuan.


Inilah juga antara sebab sesetengah ibu tidak mahu bf babynya sebab alasan diorang banyak susah dari senang. Tapi kalau kita bersungguh2 nak memberikan yang terbaik untuk anak kita, itu bukan alasan untuk tidak menyusukan baby atau breastfeeding. Anak kita akan mendapat yang terbaik dari ibunya di samping belaian dan darah dagingnya bermula dari susu ibunya sendiri bukan susu lembu. Teringat satu frasa kata di salah sebuah hospital kerajaan: "
susu lembu untuk anak lembu".

Jadi jangan malu untuk menyusukan anak ketika di luar rumah sebab saya telah sediakan satu cara yang selamat dan terlindung harta kita nan satu itu dari pandangan mata2 jahat. Ibu-ibu moden adalah ibu2 yang tahu menghargai anugerah Allah kepadanya dan memberikan apa yang terbaik untuk bayinya.


Antara komen2 customer saya tentang fungsi nursing cover:

"mekaseh ye maz, bukan apa sbb ingat nak gi jengok baby ari sabtu ni buleh la bwk sekali NC ni. sronok adik leen dan lega sket dia nak gi jln2 tak la kejap2 kena cari tempat tersorok sbb nak bagi nenen baby. sblm ni leen tak pernah jengok web baby sbb tu tak pernah masuk kedai maz, lepas ni tau la mana nak cari brg2. kalu maz antar arini, pm ekk. mekaseh byk leen beli ye ."-Leen (KL)


Ariadamiza(Bentong)

"xpe, sy budak br blaja .....
neway, da try pakai...kebetulan g umah sedare, segan lak nak mintak menyusu dlm bilik...pe lg, kuarkan NC tu...senang tul....sambil nyembang, anak menyusu....ramai lak yg admire...
thanks a lot k.maz
"



Kenapa perlu berbengkung perut?


Kenapa si ibu perlu berbengkung perut selepas bersalin? Memang rimas dan melecehkan di samping kena telan pelbagai jenis ubat, makjun dan jamu, kena lagi berbengkung perut. Tapi, harus diingat...lebih baik mencegah daripada merawat. Ketika di dalam pantang, urat2 badan kita masih lembut dan longgar akibat daripada proses kelahiran. Perut juga masih lembut, Oleh itu, seeloknya ia dirawat dan ditegangkan semula ketika di dalam pantang. 

 

Saya telah melalui 6 kali proses kelahiran dan telah merasai pengalaman ketika berpantang dengan sambil lewa dan juga ketika berpantang bersungguh2. Ketika kelahiran anak pertama, saya akui jiwa muda kita memang malas nak melakukan perkara2 yang remeh temeh dan menyusahkan. Saya berbengkung  ikut mood, akibatnya sehabis pantang, perut tak kempis...buncit macam orang mengandung 3 bulan. Apa nak buat sebab bila habis pantang perut dah jadi keras. Kalau tak percaya cuba perhatikan orang yang berpantang betul2 dengan yang tidak menjaga pantang seperti tidak berbengkung ketika di dalam pantang. Mesti anda akan ternampak perbezaannya. Itu telah menjadi satu pengajaran yang berguna buat saya untuk berpantang bersungguh2 ketika kelahiran anak seterusnya.


Amalan berbengkung bertujuan untuk mengejapkan kembali otot-otot perut yang telah kendur ketika melahirkan. Iyelah masa mengandung kan perut kita besar, bila baby dah keluar, perut akan  jadi kendur balik. Kenalah berbengkung dan memakan pelbagai jamu untuk mengencangkan kembali otot2 perut kita tu. Jangan malas, nanti menyesal.


Berdasarkan pengalaman saya yang telah mencuba pelbagai jenis bengkung, saya lebih berpuashati dengan hasil menggunakan kain belacu jenis tebal sebab ianya lebih kejap dan terletak. Badan juga lebih cepat slim dan kembali ke bentuk asal. Saya tidak pula merasa panas sebab kain belacu ni dari jenis cotton, apabila cuaca panas ia menyerap haba dan ketika malam yang sejuk ia memanaskan badan kita. Rasa selesa aje. Bengkung dari kain jenis ni saya telah wariskan kepada adik-adik saya pulak, hasilnya mereka juga berpuas hati dengan kain belacu tebal ni. Atas alasan tersebut, saya ingin berkongsi dengan ibu2 semua kepuasan menggunakan kain jenis ni.


Apapun, yang penting ibu2 kenalah rajin merawat diri ketika di dalam pantang. Jangan malas dan segan jika inginkan hasil yang memuaskan. Kita kena set mind kita bahawa kesihatan diri kita adalah untuk keluarga kita jugak, kalau kita sakit, siapa yang susah? Anak2 dan suami kita jugak yang susah. Pengorbanan ibu tiada tandingannya. Jadi kenalah rajin berbengkung....dengan Bengkung Mazlin. (pantas dan mudah) 


  
 
Cotton flannel vs cotton biasa 



Apa itu kain cotton flannel?
 

Saya nak terangkan serba sedikit tentang kain cotton flannel dan mungkin ibu2 tertanya-tanya, apa itu kain cotton flannel? Kainnya jenis yang lembut dan agak tebal tapi jenis material sejuk. Bagi yang pernah melahirkan bayi di hospital pasti anak pernah dibedung dengan kain hospital, kan? Kalau kat hospital kerajaan, kain bedung yang berwarna hijau yang digunakan untuk membedung bayi yang baru dilahirkan adalah kain cotton flannel,dan di hospital swasta biasanya dibedung dengan kain cotton flannel bercorak. Haa.. itulah kain cotton flannel.


Disebabkan sifat semulajadi flannel yang diperbuat daripada 100% kapas
 tulen yang tidak boleh bergabung dengan mana2 elemen warna khususnya warna terang maka adalah dinasihatkan supaya sebarang basuhan tidak dicampur dengan fabrik lain.



Definisi yang diberikan oleh
wikipedia adalah seperti berikut:

"Flannel is a soft woven fabric, of various fineness. It usually doesn't have a nap, and instead gains its softness through the loosely spun yarn it is woven from. It is commonly used to make clothing, bed sheets, and sleepwear.

Flannel was originally made from carded wool[citation needed] or worsted yarn, but is now often made from either wool and cotton, or wool and synthetic fibre.
"

Source(s):


Characteristics:

  • "Flannel" does not refer to the fabric, but to a certain structure of fabric.
  • It is usually made from cotton, but can also be made from wool.
  • Flannel feels soft and fuzzy.
  • The structure makes the fabric thicker and more insulated so it provides more warmth.
  • Absorbs and releases perspiration quickly, thus allowing the fabric to "breathe".
  • It is very durable.
Care Instructions:
  • Flannel can be made from cotton or wool. Follow the care instructions for these fabrics as is appropriate to your specific garment. 
Source: shop well with you (file:///C:/fabric-guide.cfm.htm)

Apa itu kain cotton biasa?
 

Kain cotton biasa ni menyamai kain cotton yang digunakan untuk membuat baju sekolah. Biasanya mak-mak kita dulu2 menggunakan kain cotton biasa untuk membuat barut, di samping itu ianya juga sejuk dan lebih nipis dari kain flannel.


Bezanya apabila menggunakan antara dua jenis kain untuk membarut perut baby ialah pada kekemasannya. Kain cotton flannel ni lebih terletak elok dan kemas pada perut baby dan kain cotton biasa ni kadang2 boleh jadi bra untuk baby.


Apapun terpulang pada citarasa masing2, pilih aje mana yang sesuai di mata dan berkenan di hati. Apa yang penting, perut baby kita tak kembung...nanti sapa yang susah...mereka dan keluarga mereka...


Kenapa baby perlu dibarut perut?


Untuk ibu2 yang baru nak timang baby, tentu tertanya2 kenapa baby perlu dibarut? Sebenarnya membarut ni dah dipractise oleh tuk nenek kita sejak zaman berzaman, dan tujuan utama adalah untuk mengelakkan perut anak kita kembung. Kalau kembung, tak tido malam kita dibuatnya. Walaupun ada setengah orang kata, anak dia tak kembung pun walaupun tak pakai barut, mungkin kebetulan anak dia tak kembung sbb baby setiap org tak sama. Bersyukurlah kalau baby jenis payah nak kembung. Ada customer saya yang order barut utk baby nya yg berusia 6 bulan sbb katanya babynya jenis mudah kembung kalau tak dibarut. Ada sorang lagi customer order barut utk anak lelakinya yg berumur 1 1/2 tahun, katanya utk kesihatan anak lelakinya di masa depan. Ada seorang lagi ibu yang order barut bercerita kepada saya bahawa anak sulungnya perempuan dan tidak dipakaikan barut, kesannya perut anaknya naik tinggi dan tak cantik untuk seorang perempuan (saya tak pasti naik macam mana yang dimaksudkannya-mungkin naik ke dada kut). Jadi anak keduanya akan dibarut sebaik mungkin untuk elakkan perkara yang sama berulang. Masing-masing ada alasan tersendiri.


Oleh itu, lebih baik mencegah daripada merawat. Pencegahan awal lebih baik kan, daripada kita menanggung kesannya....dah la dalam pantang, anak pulak asyik nangis sepanjang malam...memang memberi kesan kepada emosi kita...Saya juga pernah surf tentang baby binder ni...sbnrnya org barat juga membarut perut bb utk 2/3 minggu utk elakkan wind katanya( di Australia -zaman awal 40an baby diorg juga dibarut perut). Jadi, apa yang diragukan..



Panduan membeli barut bayi
 

Terdapat 3 saiz untuk pilihan ibu-ibu iaitu:


S- 17" x 5" (43cm x 13cm)


M- 19" x 5.5" (49cm x 14cm)


L- 21" x 6" (54cm x 16cm)


Sebagai panduan:


S- newborn baby ( berat below 4.5kg)


M-newborn ->4 months (berat below 7kg)


L- 3 months and above ( berat above 6.5kg)


Untuk bakal2 ibu yang belum pernah menimang cahaya mata, seelok-eloknya belilah barut baby pelbagai saiz sebab baby memang cepat membesar dan pembesarannya kadang2 di luar jangkaan kita. Campur2 semua saiz S, M dan L.
Saiz yang dicadangkan kpd ibu2 baru sebaiknya ambil 1set saiz S dan 1set saiz M atau 2 set M.  Kadang2 saiz S tu boleh dipakai selama sebulan sahaja atau mungkin lebih singkat dari itu dan kalau beli semua saiz M, buatnya baby terkecik masa lahir, tak boleh nak pakai pulak sebab barut terlebih besar..Kena tunggu baby besar sikit baru boleh pakai barut.

Kadang-kadang masa di dalam pantang, baby kita pulak jenis lawas membuang...memang akan kerap menukar diaper dan juga barut. Mungkin 5 helai barut tidak cukup sepanjang tempoh berpantang dan seelok2nya kita memiliki dalam 15 helai barut supaya mudah ditukar ganti apabila baby kerap membuang. Juga berguna ketika cuaca tidak menentu. Jangan pakaikan barut yang lembab sebab tika musim hujan, barut lambat kering, nanti kembung pulak perut baby. Lagipun tidak rugi membeli lebih sedikit sebab boleh diwariskan kepada baby yang seterusnya. Saya pun masih lagi simpan barut yang mak saya guna zaman saya dulukala untuk dipakaikan kat first baby saya dulu sebagai tambahan, masa tu tak pandai lagi jahit2 barut ni.


Seeloknya beli satu set bagi setiap saiz untuk disesuaikan dengan pembesaran baby.



Hanya sebagai panduan buat ibu2 baru, buatlah pilihan yang bijak ketika membeli. Saiz-saiz di atas juga bergantung kepada saiz bayi anda. Ini kerana bayi cepat membesar. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak ketika membeli.



Beza kain bedung vs kain lampin
 
 
Ramai yang bertanya tentang saiz bedung yg saya buat. Apa beza bedung dan kain lampin? Oh ya...bedung ni saiz nya lebih besar dari kain lampin , dan kalau nak bedung baby guna kain lampin kita kena pakai 2 helai, kalau pakai sehelai kain lampin, bedung kaki dada nampak, bedung dada kaki terjulur keluar. Untuk lebih selesa dan mudah, gunakan kain bedung khas, tutup semua...


Haaa...ni dia beza bedung dan kain lampin, boleh tengok saiznya sebab bedung ni bidang 35" x 35"(M), kalau kain lampin biasanya 25" x 30". Kalau dalam cm pulak, lagi 10cm cukup satu meter utk saiz kain bedung di atas...sbb bidang kain bedung ni 35".

Sampel kain bedung di atas adalah dari kod
BC04-yellow new york dan bersaiz M (36"x36"). Kalau kain bedung yang bersaiz L (40"x40"/ 1M x 1M) lebih besar dan sesuai dipakai sehingga baby besar untuk dijadikan selimut. Memang tak rugi beli, kain bedung pelbagai guna.